Kedai Kayu Golf Terpakai di Kedah & Pulau Pinang: Panduan Beli Set Golf Second Hand

Kedai Kayu Golf Terpakai di Kedah & Pulau Pinang: Panduan Beli Set Golf Second Hand

Kayu golf baru memang mahal. Sebab itu ramai golfer di Malaysia pilih kayu golf terpakai (second hand atau pre-loved). Driver atau set iron yang berusia satu dua musim main sama macam yang baru, tapi harganya jauh lebih rendah.

Masalahnya, beli second hand ada risiko: barang tiruan, shaft retak, atau kayu yang tak sama macam dalam gambar. Panduan ini terangkan cara beli dengan selamat, dan di mana boleh cuba dulu sebelum bayar.

Kenapa beli kayu golf terpakai?

  • Jimat banyak. Harga kayu golf jatuh cepat pada tahun pertama, tapi prestasinya hampir sama.
  • Boleh dapat jenama premium. Bajet untuk set baru kelas pertengahan selalunya cukup untuk set terpakai Titleist, TaylorMade, Callaway, Ping atau Mizuno.
  • Sesuai untuk pemula. Belum tahu gaya swing sendiri? Mula dengan set second hand dulu, kemudian trade-in bila dah naik level.

Apa yang perlu diperiksa sebelum beli

  • Muka kayu (face) dan groove. Cari calar dalam, kemek atau retak halus, terutama pada driver.
  • Sole dan crown. Calar biasa tak apa. Retak pada crown atau kemek dalam pada sole adalah masalah.
  • Shaft. Tengok ada karat, kemek atau serat graphite yang terkopek. Goyang perlahan dan dengar kalau ada bunyi berdetak.
  • Grip. Grip yang keras atau licin perlu diganti. Murah untuk tukar, tapi kira sekali dalam bajet.
  • Keaslian. Logo kabur, fon pelik atau kepala yang terlalu ringan adalah tanda barang tiruan.

Beli online atau di kedai?

Mudah, Carousell dan grup Facebook ada banyak pilihan, tapi tiada pemeriksaan dan susah nak claim kalau barang tak betul. Kedai kayu golf terpakai yang betul akan periksa setiap kayu, gred keadaannya dengan jujur, dan benarkan anda cuba pukul dulu.

Swing Again Golf: kedai kayu golf terpakai di utara

Swing Again Golf ada tiga cawangan, buka setiap hari 11 pagi hingga 7 malam, tak perlu buat temujanji:

Sungai Petani (HQ) Di Cinta Sayang Resort Homes. Pilihan paling banyak: driver, wood, hybrid, set iron, wedge, putter, full set, set ladies dan kidal (left-handed).

Alor Setar Di Plaza Susuran Mentaloon, dekat dengan padang golf sekitar Alor Setar.

Pulau Pinang Di Golden Triangle 2, Bayan Lepas. Senang dari pulau atau dari Seberang Perai.

Apa yang anda dapat

  • Setiap kayu diperiksa dengan tangan dan disahkan asli. Tiada barang tiruan.
  • Keadaan digred dengan jujur, dan kesan pakai ditunjuk dalam gambar, bukan disorok.
  • Jaminan 14 hari: tukar dengan kayu lain, atau dapat 90% wang balik. Kalau kayu tak sama macam yang diterangkan, dapat 100% wang balik.
  • Penghantaran ke seluruh Malaysia, dihantar hari berikutnya.
  • Boleh trade-in kayu lama anda dan tolak terus dari harga kayu baru.

Nak jual atau trade-in kayu golf lama?

Hantar gambar kayu anda di WhatsApp (jenama, model, flex shaft dan keadaan), dan kami beri harga pada hari yang sama. Bawa ke mana-mana cawangan dan terima bayaran tunai atau transfer, atau guna nilainya untuk beli kayu lain.

Mula di sini

Lihat semua kayu golf terpakai yang ada di laman web kami, atau WhatsApp kami dan beritahu bajet serta tahap permainan anda. Kami akan cadangkan set yang sesuai, dengan jujur.

Looking for your next club?

Browse inspected, honestly graded used clubs, or WhatsApp us and we’ll help you find the right one.